MY SPONSOR

Monday, August 16, 2010

FADHILAT RAMADHAN: HADITH 6 LAILATUL QADAR

MAKSUDNYA:

Hazrat'Ubadah Bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang Lailatulqadar. Lalu Baginda bersabda, "Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir. Sesungguhnya Lailatulqadar berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat pada malam-malam itu dengan iman dan niat untuk mendapat ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Antara tanda-tanda Lailatulqadar ialah keadaan terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat Matahari terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah S.W.T. telah mengharamkan syaitan keluar bersama
matahari pada hari itu (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit).

KETERANGAN:

Perkara-perkara yang disebut pada awal hadith ini telah pun dinyatakan dalam hadith-hadith yang terdahulu. Pada akhir hadith dinyatakan beberapa tanda-tanda Lailatulqadar dengan sungguh jelas dan tidak perlu kepada sebarang penjelasan lagi. Selain itu ada lagi beberapa tanda yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat dan juga disebutkan oleh mereka yang pernah mengalami malam tersebut khasnya apabila matahari terbit pada pagi hari itu, matahari akan terbit tanpa sinaran yang memancar kuat. Tanda ini banyak dinyatakan dalam hadith-hadith dan sentiasa ditemui. Selain itu ada lagi beberapa tanda, tetapi tanda-tanda ini tidaklah semestinya berlaku. Hazrat'Abdah binAbi Lubabah r.a. berkata, "Saya telah merasai air laut pada malam ke 27 Ramadhan dan sesungguhnya saya telah mendapati air laut itu betul-betul tawar." HazratAyyub Bin Khalid rah. pula berkata, "Saya terpaksa mandi pada satu malam. Saya telah mandi dengan air laut lalu mendapati air itu tawar. Kisah ini berlaku pada malam yang ke 27 ." Para masyaikh menulis bahau-a pada malam Lailatulqadar semua benda akan bersujud. Sehingga pokok pun akan rebah ke bumi dan kemudian akan bangun ke kedudukan asal kembali. Walaubagaimanapun, perkara-perkara sebegini adalah berkaitan dengan kasyaf
dan tidak dapat disedari oleh semua orang.

MY SPONSOR