MY SPONSOR

Wednesday, August 18, 2010

RAMADHAN: Fadhilat Ramadhan (Hadith 8)

Daripada Hazrat Abu Hurairah رضي الله عنه beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, “Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar

dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam.”

(Hadith riwayat Ibnu Majah, an-Nasa’i, Ibnu Khuzaimah, al-Hakim – at-Targhib)


KETERANGAN:

Ada beberapa pendapat ulama dalam menjelaskan hadith ini.

Pertama, yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah orang yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber harta yang haram. Sebanyak mana dia telah mendapat pahala dari puasanya, dosa yang didapati kerana memakan makanan yang haram lebih besar daripada pahala yang diperolehnya daripada puasa. oleh itu, dia tidak mendapat apa-apa selain berlapar sepanjang hari. Kedua, seseorang yang berpuasa tetapi sentiasa terlibat dengan perbuatan mengumpat. (Kenyataan terperinci tentangnya akan diterangkan). Ketiga, seseorang yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.

Sabdaan Nabi s.a.w. adalah jami'(lafaznya sedikit tapi membawa maksud yang luas) Semua pendapat dan perkara di atas serta sabdaan-sabdaan Baginda yang lain termasuk dalam maksud tersebut. Demikianjuga dengan berjaga malam. Sepanjang malam berjaga beribadat tetapi untuk bersuka-suka telah mengumpat sedikit atau melakukan juga apa-apa perbuatan bodoh yang lain sehingga semua pahala berjaga malam untuk beribadat itu menjadi sia-sia. Contohnya, membiarkan solah Subuh berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun berjaga semata-mata kerana riak dan kemasyhuran maka sememangnya sia-sia.

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 41



No comments:

Post a Comment

MY SPONSOR