
Tengok la kehebatan Allah Ada org pandang hujan ice ni tak bagus...ada jg yang berpndangan baik cuma, mari kita tengok kecantikan yang Allah jadikan dari hujan ice ni... Sehelai daun mampu menampung ice yang agak tebal dan daun serta pokok itu pula tidak mati walaupun diseliputi ice...Maha Hebat Allah....Ini membuktikan keadilan dan kekuasaan Allah Bahawa Allah tidak berlaku zalim terhadap makhluk2nya. Sebab itu baik apa sahaja kejadian yang menimpa makhluk Allah, samada disukai oleh makhluk tersebut mahupun tidak disukainya, ianya tetap merupakan kejadian yang paling sempurna dari Allah, bukan sesuatu yang tidak baik malah setiap apa yang Allah jadikan , itulah yang terbaik buat makhluknya. Yang membezakan sesuatu itu baik atau pun buruk, bergantung kepada bagaimana bentuk penerimaan makhluk itu sendiri terhadap kejadian yang Allah jadikan. Oleh itu marilah kita sama-sama berbaik sangka atas setiap perkara yang Allah lakukan ke atas kitakerana dialah Tuhan yang maha PEMURAH, PENYAYANG DAN MAHA MENGASIHANI akan makhluk-makhluknya yang dhoif seperti kita yang dipenuhi dengan dosa dan amat jarang sekali melazimi taubat.Kata imam Ghazali, pandanglah oleh mu akan sesuatu dengan mata hatimu dan jangan sesekali kamu memandang dengan mata kasarmu kerana apa yang kamu lihat dengan mata kasarmu itu belum tentu membenarkan apa yang dipandang oleh mata kasarmu. Maksudnya pandang la sesuatu itu dengan ilmu yang ada didalam dirimu, suluh la ia dengan ilmu yang dipelajari dan jangan sesekali memandang mengikut hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata, pandanglah dan ingatlah sesuatu kejadian itu bahawa ianya datang dari Allah. Kembalikan kepada Allah maka insyaAllah kita bisa membentuk jatidiri yang lebih berendah diri dan tidak sombong baik sesama makhluk mahupun terhadap Allah Azzawajalla.

After a shower of rain in Southern China, the water froze on the grass, leaves, flowers engloving them in beautiful crystal like transparent ice. Even the Beijing logo flower had its own freeze ice. Beautiful display of some of the repeating patterns in nature.
17 more pics of ice rain in China after the jump.
Source: Keep Touch

















No comments:
Post a Comment